Posts

Showing posts from 2014

Oh My November

Setiap kali datangnya November mesti hati ini berbunga-bunga. mesti lah kan, sebab November bulan saya!!! Yeay! yg lagi pasti, 17 November is always my bestday... hehe. Faham lah kan maksudnya... harijadi saya ler. LoL..... =) Tahun ni sempena besday utk 3 series ( yer lah, hakak ni dh agak dewasa sgt2. Dh mula melangkah ke angka 3 y'all) tak nak dah hadiah2 yang berunsur materialistik. Maknenya kebendaaan ler... Tahun ni nak sesuatu yang tinggal moment indah. Contohnya bercuti ker, pergi makan ikan bakar sedap ker, megi ketam sedap ker, atau pun dapat complete package spa . Wah!!! siapa yang sudi belanja saya utk semua itu @ sebahagian dari itu, sila tinggalkan komen yer... hahaha...ngengada sgt! Tapi kan, tetiba rasa nak pergi buat make up dan photoshoot lah. Lagi lah mengada kan? Errr, teringin lah ni. Pergi bridal, make up cantik2 then buat photoshoot. Yes!!!! Idea tu. Nanti petang nak bincang dgn en.suami. Kita tgk apa reaksi dia. Hahahah.. Ok bai....

Membuang Tahi Lalat

Image
Salam semua.... Kali ni Anah nak berkongsi petua. Petua membuang @ menghilangkan tahi lalat. haha.. Tragis nyer kau Anah. Ambil tisu then buang lah tahi lalat tuh. Tak pun basuh jer tempat lalat tu berak. Kan dah hilang. Hehehe... Ooopsss, ni bukan tahi binatang lalat yer. Tapi tahi lalat yang tumbuh @ terhasil dengan sendirinya pada badan manusia.  Mungkin ada antara kita punya banyak tahi lalat pada badan @ muka @ lain-lain anggota. Mungkin sesetengah tahi lalat itu menimbulkan rasa kurang enak pada kita terutama tahi lalat hidup pada bahagian muka! Mungkin tahi lalat itu terlebih hidup dengan suburnya dan mengakibatkan si pemilik rasa rendah diri @ seringkali di ejek oleh rakan2. Lebih2 lagi kalau tahi lalat tu bertapak di bahagian yang ketara contohnya antara 2 kening, mekar di bahagian bibir @ hidung. Pasti timbul perasaan malu kan?  Samal lah dengan Anah ni. Punya tahi lalat yang kian tahun semakin membesar kau. Sejemput kat tepi hidung ni ha! Mau tert...

Kakak Konvo

Image
Amboi....dh besar kakak yer. Dah konvo pun. kihkihkih... Konvo pertama dlm hidupnya...nanti akan ada next konvo lagi. InShaaAllah... Petang semalam waktu ambil dia dari sekolah, nampak lah dia pegang sumtin'. Ingatkan buku latihan sekolah dia, rupa-rupanya gambar konvo dia. Sebenarnya dah lama gmbar ni di ambil cuma baru dapat jer. Mommy pun dh lupa pasal gmbar ni sebab dh lama sgt duk bertapa dgn tukang gambar. Huhuhu... Dengan sengih-sengih dia tunjuk gmbar konvo dia. Perasaan bangga ler tu...mommy pun bangga!.  Sampai ajer kt umah, terus tunjuk kt semua orang. Bangga lettew...!! haha.. Teringat lagi 1st day dia ke sekolah. Teruja sgt2 dan kadang-kadang ada jugak nangis bila ada yang buat jahat  nakal kt dia. Sekarang ni dia dh ada bestfriend so, semakin teruja ler bila nak pergi sekolah tiap2 hari... Paling jenuh nak menjawab bila cuti panjang sikit, mula la tanya bila sekolah nak buka.... huhuu Semoga kakak menjadi lebih rajin, dan rajin...

Masih di sini

As Salam... Ceh..ceh...tajuk seolah-olah kesepian dan kesunyian blog ini menjadi masalah pembaca. Tak perlah, perasan sikit utk menghiburkan jiwa. Haha... Sebenarnya tak sangka ada yang sudi menjenguk dan membaca blog ini. Walau dah 2 bulan blog ini ditinggalkan, masih ada pengunjung yang sudi melawat di tapak ini. Terima kaish untuk yang sudi menjengah dan minta maaf kerana kekerapan menulis yg sgt lah jarang.  Saya akan cuba meluangkan masa untuk berkongsi cerita dan pendapat untuk yang sudi membaca.  See you next post.  xoxo, mazya

Hari Kidal Sedunia 13 Ogos

Image
As Salam dan salam hebat untuk semua..... hari ni buka FB, tgk post kawan psl hari tangan kiri (left handed day)... hahaha...ada jugokkkk Best!! Teruja ler ambo sbb ambo ni salah seorang manusia yg dianugerahkan kidal antara jutaan umat manusia di dunia...amboi, bangga ler tu...hehehe Jom tgk sedikit fakta utk manusia2 left handed ni termasuk saya ler tu... =) Definisi Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan . Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bah...

Aidilfitri 2014

Image
As Salam.... Apa khabar semua!!! Masih dalam mood raya ker? Mesti la masih terasa keenakan ketupat lemang di pagi raya.... owh, hari raya makan tanpa henti. Asyik nak mengunyah ajer... Satu-satunya gambar raya kami tahun ni. Huhu.. My tema raya tahun ni adalaa sikit2 biru + hijau kelam-kelaam giteww. Hahah. Pedulikan baju raya yang santik-santik sebab asyik duk makan ajer. Pantang bertenggek kat meja juadah, pasti tangan akan capai botol biskut dan terus kunyah2. Perut dah membonjol dh sikit kt depan tu. Maklumlah sebulan Ramadhan waktu berbuka, minuman berais wajib ada sebagai membasah tekak. Air tebu dan kelapa muda memang patut kena ada walau seminggu sekali utk berbuka puasa.  Nampak tak perut berbonjol tu... kena reshape semula lah ni. Makan nasi dagang sambil2 curi bergambar Alhamdulillah, Ramadhan kali ini cukup bermakna buat diri ini. Hampir lengkap ibadah puasa tahun ni. Setiap hari mesti curi masa utk mengaji Al-Quran walau sehelai muka s...

Tragedi atau Ketentuan

Image
Tragedi @ Ketentuan??? persoalan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.... siapalah kita untuk menentukan nasib dan kesalahan sesiapa.... Umum mengetahui satu lagi tragedi yang menimpa negara kita.... Belum lagi persoalan MH370 terjawab, tragedi MH17 pula menyusul..... bezanya hanya lah nasib/kesudahan MH17 telah diketahui sementara MH370 masih menjadi teka-teki... Bermula dari berita pengumuman MH17, bermula lah perang di media sosial. 'Keyboard warriors' terus berjuang dengan fahaman masing-masing. Terpulang kepada kita mahu percaya bulat-bulat atau mahu buat tapisan dan semakan lanjut.  Benarlah, tahun ini memang tahun yg tragis buat Malaysia. Pelbagai musibah di peringkat antarabangsa berlaku. Seluruh dunia melihat kepada kita. Melihat kepada cara pemimpin menangani isu ini. Melihat kepada cara rakyat memberi tindak-balas. Melihat kepada 'UNITY' antara kaum di Malaysia. Kita perlu bersatu hati dan tunjuk kepada dunia luar bahawa 'unity' k...

Salam Ramadhan

Hari ni dh masuk 3 Ramadhan. Semua sudah sibuk bercerita tentang persiapan raya dan biskut raya. Baru jer 3 Ramadhan, dh sibuk bercerita tentang 1 Syawal. haish! Saya pernah terdengar satu ceramah radio berkaitan sambutan Ramadhan dan Syawal. Masa kini, orang tertunggu-tunggu Ramadhan kerana Bazar Ramadhan bukan kerana rahmat dan kelebihan pahala yang terkandung di dalamnya. Bila sebut Ramadhan, semua sibuk bercerita tentang makanan berbuka. Sibuk bercerita persiapan raya. Sibuk belajar buat biskut. Huhuhu.... Kata ustaz itu lagi, ini di ibaratkan seperti kita pilih kasih kepada tetamu2 yg bertandang ke rumah. Tetamu Ramadhan bertandang tetapi tidak dihiraukan kerana kita sibuk membuat persiapan tetamu Syawal yg sebulan lagi akan tiba. Mestilah tetamu Ramadhan itu akan berkecil hati dengan layanan tuan rumah terhadapnya.... Sesungguhnya, berpada-pada lah dalam sesuatu perkara kerana takut ia mungkin melalaikan kita....  Sekadar perkongsian.... p/s: Baju raya tema war...

Sepetang di Kuala Terengganu

Image
It was unplanned trip sebenarnya. Kalau plan memang payah nak jadi. Sebenarnya ada kenduri majlis sambut menantu kt Jerteh. Alang2 dah ada kt sana, sikit jer lagi nak sampai KT kami terus decided pergi KT. Express punyer plan!  Kitorang konvoi 2 buah kereta. Jam 2 lebih bertolak ke KT, sampai sana waktu azan Asar. Destinasi pertama kami semestinya Masjid Kristal. Walau dah beberapa kali datang sini tapi masih tak puas. Lagipun mak belum pernah datang sini. Bwk dia jalan2 lah jugak... Mia pun dah pernah datang sini tapi waktu dia kecil dulu-dulu...mesti tak ingat pape pun... Datang hari ni, dia dh boleh bercerita kt kawan2 dia pegi Masjid Kristal...hahaha.. Kami yang semakin membulat... hahaha Lepak kejap kat situ sambil2 ambil gambar. Kejap jer sebab perut dah mula menyanyi lagu... Kitorang terus ke Pantai Batu Buruk utk cari port makan nasi.... siap makan dapat naik kereta kuda! Sebelum ni dah pernah datang tapi belum pernah berpeluang naik kereta kuda tu... bayar r...

Kek Minyak Kukus a.k.a. Kek Pelangi Kukus

Image
Salam... Hari ni nak berkongsi resepi kek minyak kukus yang membanggakan saya itu..muahahaha!!! Bangga la sebab menjadi. Tema world cup ler... Brazil mariii.. Bahan A 2 cwn tepung gandum 1 sudu baking powder Bahan B 5 biji telur gred 'A' 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 cwn minyak masak 2 cwn susu pekat Cara-caranya: 1. Satukan Bahan A dan ayak. 2. Masukkan telur, ovalette dan esen vanilla ke dlm pengisar dan kacau hingga kembang. 3. Kemudian masukkan minyak masak dan susu pekat. Kacau lagi sehingga rata @ sebati. 4. Masukkan bahan kisar tersebut ke dlm Bahan A yg telah diayak. Kacau sehingga rata dan sebati. 5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Bergantung kepada berapa warna yang kita nak. 6. Lenserkan minyak pada loyang. 7. Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dlm loyang secara selang-seli.  8. Kukuskan selama 45 minit @ sehingga masak.... Mudah ajer kan? Tak sampai setengah jam pun proses ...

Saya suka!!!

Image
Salam all... Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni, nak kongsi cerita kek minyak kukus a.ka. kek pelangi kukus. Tapai sy suka bagi nama "Kek Gerenti Jadi" sebab inilah kali pertama saya buat kek dan terus menjadi!!! Yeay..... Biasala kan, orang yang tak dak bakat dalam baking ni... payah sgt nak menjadi. Bila ada kawan bagi resepi, macam tak nak cuba jer. Maklum lah dah sentiasa kecewa ajer bila cuba buat kek. Entah mana silap nya asyik tak menjadi ajer... huhuhu.... Tapi, bila balik rumah, terdetik hati nak cuba sebab kawan bagi jaminan 100% menjadik! Haha... cuba ajelah yer... Tadaaaa.....ini lah hasilnya....  Gebu, Moist, Sesedap Rasa, Cukup Sempurna...Perfect!!! amboi, perasan la sekejap *=* Seronok ler sebab menjadi... kejap jer kek ni licin. Semua puji sedap!

Saat kita bermula

Image
Pada tika dan detik kita memulakan sesuatu, kita mesti ada keazaman untuk menyudahkan ia. Walaupun kita belum tahu bagaimana cara utk sudahkan ia. Sama seperti kita mula melangkah ke alam universiti. Saat berada di pintu masuk U, kita kena tetapkan matmalat untuk sudahkan 'on time' pengajian ini.  Kerana itu...setiap langkah yang kita mula, perlu diiringi dgn strategi. Kita perlu berjalan dgn minda yang berfikir. Jgn pakai jalan dan redah jer.....berjalan tanpa tujuan, itu lalai namanya....  Owh, malas dah menaip byk2... balik umh petang ni nak buat kek minyak kukus yg gebusss dan lembab.... =). nantikan entri bergambar ' The making of cake' yer.... Tatap lah dulu gambar dari En. Google yer... =) xoxo, happy lunch

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah mendidik diri ini.... Semoga terus berbakti dan menyumbang kepada anak bangsa. 

Galau...Ralit...Leka....

Image
Entri kali ini sekadar utk meluahkan rasa...takut makin lama dipendam makin galau jadinya... Aku sedar yg aku masih pada tahap ini. Tahap yg biasa2 yg belum boleh dijadikan contoh teladan yg baik. Perjalanan PhD aku sgt2 slow. Aku bukan tak risau. Aku risau cuma kadang2 aku jadi leka... sukar utk aku mendisiplinkan diri ini. Terlalu ralit dgn 'cuti' yg aku ada. 'Cuti' yg dibuat-buat sedangkan aku sedang bekerja. Bekerja mencari keredhaan Allah... mungkin kerana hubungan aku dgn Allah masih belum kukuh. Aku kena memperkukuhkan lagi hubungan aku dgn Sang Pencipta. Aku kena lebih merayu, meminta, mengadu domba dgn-Nya...  Seringkali aku hadapi 'block' tatlaka ingin menulis semula apa yg aku baru baca... Aku sgt2 tak suka dgn rasa ini. Aku jadi sunyi mengharungi perjalanan ini seorang diri. Aku risau dgn kelekaaan. Jadual?? Memang aku dah sediakan tapi masih lagi tersasar dari landasan. Aku tak pasti bila semua ini akan berakhir, tapi yang aku pasti...

Selamat Hari Ibu

Image
Mek... Ma.... Mama... Ibu... Bonda... Umi... Mummy... Mak... Mok... Apa saja panggilan, ia tetap melambangkan satu hubungan dan jalinan yg telah tersimpul rapi antara si ibu dan si anak.... Selamat Hari Ibu untuk para ibu... jasa dan pengorbanan mu di sanjung tinggi...