Posts

Showing posts from December, 2013

Selamat tinggal 2013

Image
Cepat jer masa berlalu...tup tup dh cukup setahun! Umur makin meningkat, pengalaman makin bertambah (harap2 makin matang lah yer)....dh nak jadi 'orang lama'. hehehe Terlalu banyak kenangan 2013. Sama seperti tahun2 yang lepas, kenangan yang pelbagai rasa mengusik jiwa, membuat kita menangis, merajuk, ketawa bergembira.... Tapi yang pastinya itu sudah tinggal kenangan. Tak mungkin kita dapat putarkan kembali masa yang telah berlalu.  Semoga seiring dengan pertambahan tahun, pertambahan umur, dan pertambahan pengalaman kita akan lebih cekal dan matang dalam mengharungi kehidupan 2014 dengan akal fikiran yang waras. Semoga tahun kehadapan kita akan lebih menjadi yang terbaik berbanding tahun sebelum. Semoga kita dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati Allah, berbahagia dunia dan akhirat, dan menjadi ummah yang berbakti untuk agama, keluarga, dan bangsa... Selamat tinggal 2013..... Selamat datang 2014..... Keazaman baru di bina, keazaman lama di nilai. Y...

Menujum Personaliti

Haaa...entri kali ni macam best jer bunyi. Menujum personaliti. Haha...macam nujum pak belalang tuuu... dengar @ baca boleh. Percaya janganlah sangat yer... sekadar suka2 ajer.... Bukan mudah  nak kenali personaliti seseorang tu.Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ?  Jom kita sama-sama menyelidik   personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali  sebagai ‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan!  Senang saja.Kita  perlu jumlahkan angka tahun,bulan,dan hari kelahiran kita. Setelah itu,jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9.  Tapi ingat,jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1. Contoh: Tarikh kelahiran kamu ialah: 24hb Februari 1975 Jumlah angka tahun kelahiran 1975  = 1 + 9 + 7 + 5 = 22 = 2 + 2 = 4 Jumlah angka hari dan bulan  = 24 + 2 = 2 + 4 + 2 = 6 + 2 = 8 Jadi  = 4 + 8 = 12 = 1 + 2 = 3 @ 24hb Februari 1975:...

Musim Boh 2

Image
As Salam semua.... Sihat ker semua? Musim2 macam ni memang ramai yang terkena demam + selsema kadang2 batuk pun join sekali. Sabar lah yer, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa kecil... =) Hujan yang berlarutan selama seminggu, paras air mula naik. Kat kebanyakan tempat, dah kena pergi pusat pemindahan dah. Syukur alhamdulillah, tempat kami tidak perlu untuk berrpindah walaupun air naik sehingga ke atas jalan raya. Terputus lah sekejap kami dengan dunia luar. Boleh nak pergi ke bandar, cuma laluan alternatif jauh lah sikit. Tapi mujur lah 2 hari jer terputus laluan. Siap boleh naik bot lagi atas jalan raya... hahaha... Jom layan berita bergambar...... (",) Hujan yang astik merintik, macam malas jer nak keluar rumah.... Hujan2 gini, buat air coklat panas...memang 'nyangkut' lah! Air Terjun Lata Rek dah membuak-buak. Seram jer tengok. Deras sangat2!! Hampir melimpah ke atas jalan raya..... Tengok tu, kedai tinggal bumbung jer. ...

Musim Boh

Image
As Salam and Good Day! Bulan Disember datang lagi.....yeay! eerrkk As we know, bulan Disember berkait rapat dengan musim angin monsun, a.k.a musim tengkujuh. Kat Kelate kita panggil "musim boh" banjir Sejak sehari dua ni, hujan memang tak berhenti2 dah. Kat negeri lain dah mula banjir. Kat tempat ku ini, air belum naik tahap banjir lagi. laluan masih boleh dilalui lagi. Kalau tahun sebelum ni, ada satu laluan kt tempat ku ini akan penuh dilimpahi dengan selut tanah merah yang mengalir turun dari satu kawasan berbukit yang telah disapu bersih segala tumbuhan. untuk tujuan apa, tak tahu lah ambe. yang pastinya ia cukup menyusahkan bila tiba hujan sebab jalan akan penuh dengan selut yang agak tebal dan boleh menguji pemanduan. Cewahhh ...Syukur, masalah itu dh diatasi.  Bila tiba hujan, perut asyik minta diisi. Asyik nak makannnnn jer. Paling malas buat 'jeput' kosong pun xpo doh. Rajin sikit buat 'jeput' bawang. Sumber: Google Image. Yang sendi...