Posts

Showing posts from July, 2014

Tragedi atau Ketentuan

Image
Tragedi @ Ketentuan??? persoalan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.... siapalah kita untuk menentukan nasib dan kesalahan sesiapa.... Umum mengetahui satu lagi tragedi yang menimpa negara kita.... Belum lagi persoalan MH370 terjawab, tragedi MH17 pula menyusul..... bezanya hanya lah nasib/kesudahan MH17 telah diketahui sementara MH370 masih menjadi teka-teki... Bermula dari berita pengumuman MH17, bermula lah perang di media sosial. 'Keyboard warriors' terus berjuang dengan fahaman masing-masing. Terpulang kepada kita mahu percaya bulat-bulat atau mahu buat tapisan dan semakan lanjut.  Benarlah, tahun ini memang tahun yg tragis buat Malaysia. Pelbagai musibah di peringkat antarabangsa berlaku. Seluruh dunia melihat kepada kita. Melihat kepada cara pemimpin menangani isu ini. Melihat kepada cara rakyat memberi tindak-balas. Melihat kepada 'UNITY' antara kaum di Malaysia. Kita perlu bersatu hati dan tunjuk kepada dunia luar bahawa 'unity' k...

Salam Ramadhan

Hari ni dh masuk 3 Ramadhan. Semua sudah sibuk bercerita tentang persiapan raya dan biskut raya. Baru jer 3 Ramadhan, dh sibuk bercerita tentang 1 Syawal. haish! Saya pernah terdengar satu ceramah radio berkaitan sambutan Ramadhan dan Syawal. Masa kini, orang tertunggu-tunggu Ramadhan kerana Bazar Ramadhan bukan kerana rahmat dan kelebihan pahala yang terkandung di dalamnya. Bila sebut Ramadhan, semua sibuk bercerita tentang makanan berbuka. Sibuk bercerita persiapan raya. Sibuk belajar buat biskut. Huhuhu.... Kata ustaz itu lagi, ini di ibaratkan seperti kita pilih kasih kepada tetamu2 yg bertandang ke rumah. Tetamu Ramadhan bertandang tetapi tidak dihiraukan kerana kita sibuk membuat persiapan tetamu Syawal yg sebulan lagi akan tiba. Mestilah tetamu Ramadhan itu akan berkecil hati dengan layanan tuan rumah terhadapnya.... Sesungguhnya, berpada-pada lah dalam sesuatu perkara kerana takut ia mungkin melalaikan kita....  Sekadar perkongsian.... p/s: Baju raya tema war...