Tragedi atau Ketentuan


Tragedi @ Ketentuan???
persoalan itu hanya Allah yang Maha Mengetahui....
siapalah kita untuk menentukan nasib dan kesalahan sesiapa....

Umum mengetahui satu lagi tragedi yang menimpa negara kita.... Belum lagi persoalan MH370 terjawab, tragedi MH17 pula menyusul..... bezanya hanya lah nasib/kesudahan MH17 telah diketahui sementara MH370 masih menjadi teka-teki...

Bermula dari berita pengumuman MH17, bermula lah perang di media sosial. 'Keyboard warriors' terus berjuang dengan fahaman masing-masing. Terpulang kepada kita mahu percaya bulat-bulat atau mahu buat tapisan dan semakan lanjut. 

Benarlah, tahun ini memang tahun yg tragis buat Malaysia. Pelbagai musibah di peringkat antarabangsa berlaku. Seluruh dunia melihat kepada kita. Melihat kepada cara pemimpin menangani isu ini. Melihat kepada cara rakyat memberi tindak-balas. Melihat kepada 'UNITY' antara kaum di Malaysia. Kita perlu bersatu hati dan tunjuk kepada dunia luar bahawa 'unity' kita tidak akan tergugat sama sekali walau tragedi menimpa. 

Benar! Kala mendengar berita MH17, hati ini terasa berkecai. Terkesan dengan musibah yang melanda negara walaupun aku tidak mengenali sesiapa di dalam pesawat itu. Lagi lah kecewa bila munculnya 'cerdik-pandai' berpangkat 'Dr.' lulusan 'PhD media sosial alam maya' mula memainkan peranan masing-masing. Menunjuk 'kepintaran' dalam menilai dan mentafsir isi tersirat disebalik tragedi MH17 ini. Cemuhan dan kata nista menjadi 'makanan' perjuangan mereka. Owh, sungguh bijak merencana perkataan tanpa perlu menggunakan akal fikiran waras. 

Sesungguhnya, di bulan yang baik ini bersama-samalah kita berdoa kesejahteraan buat semua umat manusia. Mengucapkan perkataan yang baik-baik saja. Bersangka baik dan biarkan aura positif mengalir dalam diri kita. Jangan biarkan aura negatif mengganti peranan syaitan di bulan mulia ini....

Muhasabah diri dan tingkatkan amalan di bulan mulia ini... Takziah dan Al-Fatihah buat semua penumpang dan krew MH17 dan juga buat keluarga yang terlibat......

 

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah