Salam Ramadhan

Hari ni dh masuk 3 Ramadhan. Semua sudah sibuk bercerita tentang persiapan raya dan biskut raya. Baru jer 3 Ramadhan, dh sibuk bercerita tentang 1 Syawal. haish!

Saya pernah terdengar satu ceramah radio berkaitan sambutan Ramadhan dan Syawal. Masa kini, orang tertunggu-tunggu Ramadhan kerana Bazar Ramadhan bukan kerana rahmat dan kelebihan pahala yang terkandung di dalamnya. Bila sebut Ramadhan, semua sibuk bercerita tentang makanan berbuka. Sibuk bercerita persiapan raya. Sibuk belajar buat biskut. Huhuhu.... Kata ustaz itu lagi, ini di ibaratkan seperti kita pilih kasih kepada tetamu2 yg bertandang ke rumah. Tetamu Ramadhan bertandang tetapi tidak dihiraukan kerana kita sibuk membuat persiapan tetamu Syawal yg sebulan lagi akan tiba. Mestilah tetamu Ramadhan itu akan berkecil hati dengan layanan tuan rumah terhadapnya....

Sesungguhnya, berpada-pada lah dalam sesuatu perkara kerana takut ia mungkin melalaikan kita.... 
Sekadar perkongsian....

p/s: Baju raya tema warna apa tahun ni??? =)

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah