Posts

Showing posts from May, 2014

Kek Minyak Kukus a.k.a. Kek Pelangi Kukus

Image
Salam... Hari ni nak berkongsi resepi kek minyak kukus yang membanggakan saya itu..muahahaha!!! Bangga la sebab menjadi. Tema world cup ler... Brazil mariii.. Bahan A 2 cwn tepung gandum 1 sudu baking powder Bahan B 5 biji telur gred 'A' 1 sudu kecil ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 cwn minyak masak 2 cwn susu pekat Cara-caranya: 1. Satukan Bahan A dan ayak. 2. Masukkan telur, ovalette dan esen vanilla ke dlm pengisar dan kacau hingga kembang. 3. Kemudian masukkan minyak masak dan susu pekat. Kacau lagi sehingga rata @ sebati. 4. Masukkan bahan kisar tersebut ke dlm Bahan A yg telah diayak. Kacau sehingga rata dan sebati. 5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Bergantung kepada berapa warna yang kita nak. 6. Lenserkan minyak pada loyang. 7. Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dlm loyang secara selang-seli.  8. Kukuskan selama 45 minit @ sehingga masak.... Mudah ajer kan? Tak sampai setengah jam pun proses ...

Saya suka!!!

Image
Salam all... Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni, nak kongsi cerita kek minyak kukus a.ka. kek pelangi kukus. Tapai sy suka bagi nama "Kek Gerenti Jadi" sebab inilah kali pertama saya buat kek dan terus menjadi!!! Yeay..... Biasala kan, orang yang tak dak bakat dalam baking ni... payah sgt nak menjadi. Bila ada kawan bagi resepi, macam tak nak cuba jer. Maklum lah dah sentiasa kecewa ajer bila cuba buat kek. Entah mana silap nya asyik tak menjadi ajer... huhuhu.... Tapi, bila balik rumah, terdetik hati nak cuba sebab kawan bagi jaminan 100% menjadik! Haha... cuba ajelah yer... Tadaaaa.....ini lah hasilnya....  Gebu, Moist, Sesedap Rasa, Cukup Sempurna...Perfect!!! amboi, perasan la sekejap *=* Seronok ler sebab menjadi... kejap jer kek ni licin. Semua puji sedap!

Saat kita bermula

Image
Pada tika dan detik kita memulakan sesuatu, kita mesti ada keazaman untuk menyudahkan ia. Walaupun kita belum tahu bagaimana cara utk sudahkan ia. Sama seperti kita mula melangkah ke alam universiti. Saat berada di pintu masuk U, kita kena tetapkan matmalat untuk sudahkan 'on time' pengajian ini.  Kerana itu...setiap langkah yang kita mula, perlu diiringi dgn strategi. Kita perlu berjalan dgn minda yang berfikir. Jgn pakai jalan dan redah jer.....berjalan tanpa tujuan, itu lalai namanya....  Owh, malas dah menaip byk2... balik umh petang ni nak buat kek minyak kukus yg gebusss dan lembab.... =). nantikan entri bergambar ' The making of cake' yer.... Tatap lah dulu gambar dari En. Google yer... =) xoxo, happy lunch

Selamat Hari Guru

Image
Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah mendidik diri ini.... Semoga terus berbakti dan menyumbang kepada anak bangsa. 

Galau...Ralit...Leka....

Image
Entri kali ini sekadar utk meluahkan rasa...takut makin lama dipendam makin galau jadinya... Aku sedar yg aku masih pada tahap ini. Tahap yg biasa2 yg belum boleh dijadikan contoh teladan yg baik. Perjalanan PhD aku sgt2 slow. Aku bukan tak risau. Aku risau cuma kadang2 aku jadi leka... sukar utk aku mendisiplinkan diri ini. Terlalu ralit dgn 'cuti' yg aku ada. 'Cuti' yg dibuat-buat sedangkan aku sedang bekerja. Bekerja mencari keredhaan Allah... mungkin kerana hubungan aku dgn Allah masih belum kukuh. Aku kena memperkukuhkan lagi hubungan aku dgn Sang Pencipta. Aku kena lebih merayu, meminta, mengadu domba dgn-Nya...  Seringkali aku hadapi 'block' tatlaka ingin menulis semula apa yg aku baru baca... Aku sgt2 tak suka dgn rasa ini. Aku jadi sunyi mengharungi perjalanan ini seorang diri. Aku risau dgn kelekaaan. Jadual?? Memang aku dah sediakan tapi masih lagi tersasar dari landasan. Aku tak pasti bila semua ini akan berakhir, tapi yang aku pasti...

Selamat Hari Ibu

Image
Mek... Ma.... Mama... Ibu... Bonda... Umi... Mummy... Mak... Mok... Apa saja panggilan, ia tetap melambangkan satu hubungan dan jalinan yg telah tersimpul rapi antara si ibu dan si anak.... Selamat Hari Ibu untuk para ibu... jasa dan pengorbanan mu di sanjung tinggi...