Posts

Showing posts from March, 2014

Wordless Wednesday

Image
Credit to : Google Image

Keresahan yang resah

Image
Keresahan menerjah hati naluri, Menggamit rasa kurang enak, Menggalak akal merawang berfikir, Apakah kegelisahan ini tanda yg kurang enak? Ah! Buang sajalah apa yg terbuku dihati, Jangan disimpan, jangan dikenang, Semoga terus menjadi sejarah, Jangan diganggu lagi perasaan ini. Benci sungguh dengan peresaan ini, Kegelisahan dan kerisauan sering bertandang, Membuat hati jadi galau dan rawan, Jangan lah berlaku musibah dan celaka. Berwuduk, bermunajat hanya pada-Mu, Mohon petunjuk, mohon ketenangan, Semoga tiada lagi rawan dihati, Yang sering mengusik mengganggu hati naluri. **tetiba feeling mencoret emosi bertandang...

Cuti-cuti Cameron Highlands

Image
Pembuka tirai cuti-cuti Malaysia tahun ini adalah ke Cameron Highlands....Percutian yg tidak dirancang sebenarnya... my sis (Cik Aney) yg mengajak pergi join dgn rakan pejabat dia. Almaklum ler, semua rakan ofis dia bwk family masing2. Nak ajak mak, payah lah sikit makcik tu nak g bercuti-cuti sekarang ni. Maklumler....ada yg perlu dijaga...  Kitorang pergi sana selama 3 hari 2 malam. Menginap di Honeymoon Villa Holiday Apartment di Brinchang. Okey ler, apartment 3 bilik yg setiap bilik ada bilik air. Kami bertolak hari Khamis lebih kurang jam 11 pagi giteww... naik bas sekolah dgn geng2 budak sekolah yg ada lawatan sama ke sana... sepanjang perjalanan Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku. Segalanya berjalan lancar. Kakak yg paling seronok sebab ni kali pertama dia naik BAS!!! haha...jakun sungguh dia. Kesian.... Hari kedua kami di sana, pergi la melawat kt ladang teh sambil minum teh yg sgt kelat! Awww...tak best!  Kakak sekarang ni dah culas nak berpo...

Berbuat baik dibalas baik

Salam semua.... Percayalah dengan frasa "berbuat baik dibalas baik"... walau lambat @ cepat pasti akan dibalas baik. Jangan lah merasa kedekut @ ralat utk berbuat baik. Tak payah berkira sgt lah untuk berbuat baik. Jgn lah mengharap sgt pada balasan utk melakukan kebaikan. Percaya lah dgn qada' dan qadar Allah.  Tengok ajelah contoh yg berlaku sekarang ni. Musibah yg melanda Malaysia sekarang. Tragedi MH370 yg memilukan seluruh dunia! Sehingga hari ini bantuan yg diterima oleh Malaysia dari rakan-rakan negara jiran tidak pernah putus. Saban hari sentiasa ada pertambahan bantuan dari newgara serantau. Dek kerana Malaysia sering menghulurkan bantuan sekiranya negara serantau menghadapi musibah. Senantiasa ada bantuan yg Malaysia hulurkan. Kerana itulah, apabila Malaysia ditimpa musibah rakan2 serantua tidak senang duduk kiranya tidak membantu... Sentiasalah berbuat baik walau tiada sebarang ganjaran. Percayalah jika kita berbuat baik, pasti akan dibalas baik...

Keinsafan dari musibah

Image
Hari ini dah masuk hari ke-5 misteri kehilangan pesawat MH370  yg masih belum terungkai. Pelbagai teori dan telahan dibuat oleh pelbagai pihak. Namun yang pasti, ia tetap menjadi satu misteri kerana hilang begitu saja tanpa sebarang jejak dan kesan.... Rentetan dari peristiwa itu, seluruh dunia bagai terpaku seketika. Tiada kata yg dapat diungkapkan. Speechless!!! Pemikiran akal manusia telah sampai ke tahap maksimum untuk mencari jalan penyelesaian utk mencari sebarang jejak MH370 . Ya, ini adalah musibah yg bukan sahaja melibatkan ahli keluarga mangsa yg terlibat tapi juga musibah dan dugaan utk negara Malaysia terutamanya dan juga untuk dunia. Pastinya kuasa besar dunia dengan teknologi tercanggih akan terasa terkesan kerana kecanggihan teknologi mereka masih belum dapat menyelesaikan misteri kehilangan ini. Sebenarnya, daripada peristiwa ini timbul keinsafan dari hati insan kerdil bahawa setiap apa yg berlaku, walau sehebat mana manusia berfikir tetap tidak dap...

Tragedi Pesawat MAS MH370

Image
8 Mac 2014 merupakan tarikh yg akan menjadi salah satu kenangan pahit dlm kalendar rakyat Malaysia khususnya dan ahli keluarga yg terlibat amnya dengan kehilangan pesawat MH370 yg tidak dapat dikesan hingga ke hari ini. Pesawat yg berlepas dari KLIA yg menuju ke Beijing, China telah hilang dari radar setelah 40 minit berlepas. Pelbagai spekulasi dan andaian terbit dari banyak pihak. Paling menyakitkan apabila tragedi ini dikaitkan dengan isu politik, cemuhan dan kata-kata negative... walaupun tiada seorang pun ahli keluarga atau kenalan saya di dalam pesawat itu tapi saya tetap sedih dengan cemuhan, spekulasi negatif yg dilemparkan. Tidak kah mereka tahu bahawa ini adalah isu keselamatan yg melibatkan nyawa manusia yg hanya satu!  Perlukah lontaran spekulasi diajukan bertubi-tubi? Ini bukanlah sesuatu insiden yang dibuat-buat atau lakonan semata-mata. Ini adalah realiti sebenar yang berlaku dan ini melibatkan beratus-ratus nyawa!! Ini bukan gurauan! Kita doakan lah yg terbaik ...