Keinsafan dari musibah
Hari ini dah masuk hari ke-5 misteri kehilangan pesawat MH370 yg masih belum terungkai. Pelbagai teori dan telahan dibuat oleh pelbagai pihak. Namun yang pasti, ia tetap menjadi satu misteri kerana hilang begitu saja tanpa sebarang jejak dan kesan....
Rentetan dari peristiwa itu, seluruh dunia bagai terpaku seketika. Tiada kata yg dapat diungkapkan. Speechless!!! Pemikiran akal manusia telah sampai ke tahap maksimum untuk mencari jalan penyelesaian utk mencari sebarang jejak MH370.
Ya, ini adalah musibah yg bukan sahaja melibatkan ahli keluarga mangsa yg terlibat tapi juga musibah dan dugaan utk negara Malaysia terutamanya dan juga untuk dunia. Pastinya kuasa besar dunia dengan teknologi tercanggih akan terasa terkesan kerana kecanggihan teknologi mereka masih belum dapat menyelesaikan misteri kehilangan ini.
Sebenarnya, daripada peristiwa ini timbul keinsafan dari hati insan kerdil bahawa setiap apa yg berlaku, walau sehebat mana manusia berfikir tetap tidak dapat mengatasi kuasa Allah swt.... Melihat kepada kesedihan yg ditanggung oleh keluarga mangsa, kesetiaan mereka menunggu dgn penuh pengharapan membuatkan saya bersyukur dgn apa yg saya ada sekarang. Saya bersyukur dgn setiap kebahagiaan yg saya dapat, bersyukur dgn segala kecukupan yg di anugerahkan oleh Allah.....saya sedar bahawa setiap musibah dan dugaan yg dihadapi ada hikmah disebaliknya. Kita perlu sentiasa bersabar, kembali kepada Sang Pencipta, memohon, merintih, dan merayu kepadaNya. Semoga kita semua berada di dalam lindunganNya sentiasa. Semoga kita sentiasa tabah dan bersedia menghadapi setiap musibah dan dugaan yg ada atau yg mendatang...
Sama-samalah kita berdoa kesejahteraan semoga MH370 berada dlm lindunganNya walau apa pun terjadi. Semoga misteri kehilangan dapat dirungkaikan... Aminnn
Comments