Tragedi Pesawat MAS MH370
8 Mac 2014 merupakan tarikh yg akan menjadi salah satu kenangan pahit dlm kalendar rakyat Malaysia khususnya dan ahli keluarga yg terlibat amnya dengan kehilangan pesawat MH370 yg tidak dapat dikesan hingga ke hari ini. Pesawat yg berlepas dari KLIA yg menuju ke Beijing, China telah hilang dari radar setelah 40 minit berlepas. Pelbagai spekulasi dan andaian terbit dari banyak pihak. Paling menyakitkan apabila tragedi ini dikaitkan dengan isu politik, cemuhan dan kata-kata negative... walaupun tiada seorang pun ahli keluarga atau kenalan saya di dalam pesawat itu tapi saya tetap sedih dengan cemuhan, spekulasi negatif yg dilemparkan. Tidak kah mereka tahu bahawa ini adalah isu keselamatan yg melibatkan nyawa manusia yg hanya satu!
Perlukah lontaran spekulasi diajukan bertubi-tubi? Ini bukanlah sesuatu insiden yang dibuat-buat atau lakonan semata-mata. Ini adalah realiti sebenar yang berlaku dan ini melibatkan beratus-ratus nyawa!! Ini bukan gurauan!
Kita doakan lah yg terbaik untuk tragedi ini. Sentiasa berfikiran positif dan bersedia menerima sebarang kemungkinan. Kita tidak tahu apa situasi yg sebenarnya. Seeloknya kita berdoa semoga pesawat yg hilang tanpa jejak dapat dijejaki walau dimana ia berada. Semoga nyawa yang berada di dalam pesawat itu selamat walau sukar untuk dipastikan...huhuhu... segala kemungkinan boleh berlaku sama ada logik atau tidak kerana setiap apa yang berlaku adalah atas kehendak Maha Pencipta. Hanya Dia yng mengetahui segala-galanya...
Bersama-samalah kita berdoa semoga pesawat yg hilang itu dapat ditemui @ dikesan.
Comments