Cuti-cuti Cameron Highlands

Pembuka tirai cuti-cuti Malaysia tahun ini adalah ke Cameron Highlands....Percutian yg tidak dirancang sebenarnya... my sis (Cik Aney) yg mengajak pergi join dgn rakan pejabat dia. Almaklum ler, semua rakan ofis dia bwk family masing2. Nak ajak mak, payah lah sikit makcik tu nak g bercuti-cuti sekarang ni. Maklumler....ada yg perlu dijaga... 

Kitorang pergi sana selama 3 hari 2 malam. Menginap di Honeymoon Villa Holiday Apartment di Brinchang. Okey ler, apartment 3 bilik yg setiap bilik ada bilik air.

Kami bertolak hari Khamis lebih kurang jam 11 pagi giteww... naik bas sekolah dgn geng2 budak sekolah yg ada lawatan sama ke sana... sepanjang perjalanan Alhamdulillah tiada apa2 yg berlaku. Segalanya berjalan lancar. Kakak yg paling seronok sebab ni kali pertama dia naik BAS!!! haha...jakun sungguh dia. Kesian....

Hari kedua kami di sana, pergi la melawat kt ladang teh sambil minum teh yg sgt kelat! Awww...tak best! 


Kakak sekarang ni dah culas nak berposing...hurmmmm

Lepas cuci mata dan cuci tekak di ladang teh, berangkatlah kami ke MARDI plak... tinjau2 apa yg patut. Kat sini sempatlah rembat berkotak-kotak teh utk keluarga dan kawan2... Harga ok lah. Tak mahal sgt. Mujur lah beli terus teh kt situ, sbb rupanya tak sempat nak membeli belah keesokkannya......

Cuaca panas dingin... terik mentari buat mata jadi pejammm...

Kakak volunteer nak naik atas stoberi. Tak kasi sesape angkat...
Dah beberapa kali menjenguk Cameron Highlands tapi ini kali pertama mencuba stoberi+cokelat... sedap rupenyeee...hehehe...


Tak sah kalau berkunjung Cameron Highlands tanpa jenguk ladang stoberi. Tak petik pun tak per, boleh tgk buah pada pokok pun ok dah. Kalau petik buah lagi best!!! Kitorang pergi petik@intai stoberi di Big Red Strawbery Farm.... berada nun di puncak sgt2 menguji pemanduan...haha.. tapi kawasannya mmg tersgt lah luas. Macam2 ado...

Petangnya pula terjah pasar malam Brinchang. Memang byk barang boleh dibeli...boleh dapat murah kalau pandai tawar-menawar... Borong stoberi kt sini yg fresh dan murah2 giteww... tak snap gambar pun sbb teruja nak meninjau dan buang pitis kt sini....haha...

Hari ke-3 terus pulang ajer... sebelum tu singgah kt pasar borong sayur segar... habis memborong, balik ajelah....

Semoga akan ada lagi episod percutian pada tahun ini... In Shaa Allah semoga masih dipelihara umur dan dimurahkan rezeki.... 

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah