Posts

Showing posts from November, 2013

Bersabar

Image
Subhanallah.... Allahuakbar!!! Acap kali kita mengeluh bila ditimpa sesuatu musibah. Kita sering mencari gali punca kepada musibah itu. Yang menariknya, jarang sekali kita mengaitkan unsur dalaman (dalam diri) dengan sebab musibah itu berlaku. Kita sentiasa cari gali punca musibah melalui unsur luaran.  Pernah tak kita muhasabah diri kenapa sesuatu perkara itu berlaku? Pernah tak kita kaji dan nilai diri sendiri kenapa musibah itu berlaku? Kenapa kita terpilih untuk mengalami musibah itu? Nilai lah diri kita. Mungkin ada sesuatu pada diri kita yang boleh dikaitkan dengan faktor musibah itu.  Mungkin kita dipilih untuk mengharungi musibah dek kerana Allah ingin memberi pahala percuma kepada kita apabila kita mengharungi musibah itu dengan SABAR... Mungkin juga kita terpilih kerana kita antara yang TERHEBAT untuk mengharungi musibah itu.  Mungkin juga kerana kita tidak menjaga HUBUNGAN yang baik dengan Maha Pencipta, dek kerana itu Dia ingin mengingatkan ...

Keunikan sedekah

Image
Salam... Apa khabar semua??? Time2 hujan cenggini memang best kalau bermalas-malasan atas katil sambil dengar radio kan? Tapi tak boleh lah selalu macam ni. Nanti tak berasap la dapur...huhuhu.. Entri kali ni saya nak share tentang SEDEKAH. Kita sedia maklum apa itu sedekah kan? Sebenarnya disebalik aktiviti sedekah tu terselindung hikmah yang kita tak tahu. Percaya tak, 'semakin kita sedekah, kita semakin kaya'??? Jom kita semak keunikan sedekah..... 1.Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah 2.Sedekah dapat menghapuskan dosa 3.Sedekah merupakan pelindung daripada api neraka 4.Orang yang bersedekah dipayungi oleh sedekahnya pada Hari Kiamat 5.Sedekah dapat mengubati penyakit- penyakit fizikal 6.Sedekah boleh merawat penyakit-penyakit hati / psikospiritual 7.Sedekah menolak berbagai-bagai jenis bala 8.Seorang hamba Allah itu akan mencapai hakikat al-Birr (kebaikan) hanya dengan sedekah 9.Orang yang bersedekah setiap hari akan didoakan balasan yang ba...

Kalau Aku Kaya

Image
Salam and good morning semua... Berehat-rehat dirumah dengan menonton tv sambil makan kopok lekor time-time hujan cenggini, memang superb best!!! Mesti korang dah dengar lagu terbaru Awi Rafael ft. Altimet – Kalau Aku Kaya. Hahahah......terbuai dan terlena diulit dengan lirik yang memang catchy! "Kalau aku kaya, hari2 hari raya...bil2 jiran kel uarga aku belanja selamba... lalalalalala..." Semua orang nak kaya. Tanyalah sesiapa saja, mesti nak kaya lah. Siapa yang tak nak kan?  Tapi, agak2 usaha kita dah cukup power ker nak kecapi kekayaan yang kita idamkan? Agak2 kalau asyik duk depan tv jer, sambil berangan2 kalau aku kaya...boleh jadi ker macam tu? Boleh jalan laaa... (intonasi geng2 Bujang Lapuk yang rumah atas pokok tuuu).  Kalau usaha segenggam tangan, jangan mengharap pulangan setapak gajah. Faham tak? Tak faham, xpelah...... sekian, terima kasih.

My B day

Happy birthday to me...lalala..happy birthday to me..lalalala... tetiba mood meroyan pagi2 ni menyanyi lagu Happy Birthday... Birthday ker??? Yup! Yesterday was my brithday.... 1711xx.... =) Syukur sekali lagi kerana dapat menikmati sekali lagi kehidupan. di beri peluang oleh Allah s.wt. untuk terus berjuang dan menikmati keindahan hidup ini yang penuh warna-warni macam pelangi...  Birthday bermakna bertambah lagi 1 nombor dalam hitungan umur. Bermakna pengalaman yang kita kutip juga lebih banyak dari tahun sebelum ini.... Umur hanyalah angka semata-mata. Umur hanya pengukur tua @ muda seseorang manusia. Tapi penglaman hidup yang dilalui itulah yang menjadikan manusia itu lebih matang dan lebih baik dari tahun sebelumnya... Bila sebut hari lahir, ada satu benda yang sangat sinonim dengannya....HADIAH!!!! Jeng...jeng..jeng..... apa hadiah tahun ni?? Macam biasa, biarlah rahsia.... =) hadiah juga subjektif. Ada orang sangat perlukan kotak hadiah pada hari lahir. Ada or...

Soalan Menyibuk

Kita sering ditanya pelbagai soalan2 yang bagi kita amat leceh, amat remeh atau amat sensitive untuk di jawab... soalan2 tu biasanya berkisar dengan hidup kita lah dan datang dari orang sekeliling kita. Soalan yang paling popular, adalah “BILA.....blablabla...BILA blablabla....” dan kadang2 soalan yang sama sentiasa di ulang-ulang... Sebelum kahwin, asyik duk tanya “bila nak kahwin???” Bila jer dah kahwin tak sampai setengah tahun, dh ada yang tanya “belum ada isi???” bila dh ada anak satu, eemm...tanya lagi “sorang jer?? Tak bertambah lagi??” adoiii... kalau dh ada dua, tanya jugak “ bila lagi nak menambah anak???”....  boleh mati stress kalau asyik duk melayan soalan2 mcm ni... cara yang terbaik, biarkan ajelah soalan tu pergi ditiup angin... tak payah jawab, sengih macam kerang busuk jerr... lama2 menyampah lah dorang nak tanya lagi. Kalau astik duk tanya lagi, memang jenis manusia yg kepoh lah tu. Tak payah layan, buat semakkkk jiwa jer... Apa yang penting, Allah t...

Wakeup call

Salam semua.... Minggu ni agak ‘stress’ dengan terlampau banyak masa lapang. Eh??? Banyak masa lapang pun ‘stress’ ker? Haha... Jawapannya: Betul. Memang stress bila banyak sangat masa lapang sebab itu bermakna saya tidak produktif. Banyak masa lapang bersamaan dengan LEMAU. Otak pun jadi lemah. Mujur lah ada si comel Kakak yang suka merengek nak itu ini... ada lah jugak bergerak kesana sini. Kalau tak, memang berguling-guling macam singa laut lah. Nak tahu kenapa banyak sangat masa lapang? Sebab internet tak ada. Maknanya semua kerja kena ‘PAUSE’ sebab tak ada rangkaian internet. Saya perlu usahakan untuk dapat rangkaian itu. Penat sungguh! Huhuhu... Sekarang dah masuk bulan November. Bulan saya ler tu... =) (^-^) dan juga bermakna tinggal sebulan lebih jer lagi nak habis tahun 2013. What???? Dh nak habis tahun? Impian no 1 dah tercapai ker? Impian no 2, no 3, no 4, bla bla bla..... Tersedar dari lamuan. Masih ada masa untuk capai impian yang belum tercapai. Jom buka semul...

Penat

Image
Salam all... Hari ni sedikit penat. Separuh hari hilang begitu saja kat pejabat JPJ. Renew my licence. Sepatutnya minggu depan, tapi dek kerana gatal nak g buat awal..hurmmm padan muka aku. Lgpun takut tak sempat jer miggu depan. Dah la isnin selasa cuti kt Kelantan. Pastu nak zasss pergi Shah Alam pulak. Tak nak rushing, so sanggup la menunggu..... lama sgt2 yer tggu tadi. Tengok la angka giliran.... gap sampai 251 orang!!!! Tapi ku tabahkan hati. Ku tunggu jua...dekat2 jam 5 tapi angka baru masuk 1300..lorrr... hati dah berdebar tau. Kot2 la tetiba pak guard kata, “Dik, kena balik. Datang lain kali”... mau nak menangis kt situ.... tapi orang ramai yg tak ada. Mungkin semua dah boring menunggu. Start no 1305 sampai la 1310 tiada orang. Aku beranikan diri potong que pada nombor 1311... Alhamdulillah, mujurlah tuan punya no tu tiada. Legaaa...... Balik rumah terus bersantap dgn berselara sekali. Lapar weii, tak makan nasi pun lagi.... By the way, selamat bercuti (isnin...

Manusia Sentap

Manusia banyak ragamnya, kerenah, dan emosi. Manusia mudah marah, mudah menangis, mudah merajuk dan mudah di pujuk.... sikap manusia boleh berubah-ubah bak kata pepatah, sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati manusia... hati manusia sukar kita jangka kan? Lebih-lebih lagi manusia yg suka ikut mood sendiri atau dlm erti kata lain ‘moody’...aduiii, memang tak tahan sabar jugak lah degn sikap manusia yg mcm tu. Asyik kita jer yang kena jaga hati dan perasaan dia. Asyik kita jer yg selalu mengalah... Semua tu sebenarnya bergantung pada hati. Ada satu sudut terpencil dlm hati yg sering merayu manusia untuk jadi ‘moody’. Sentiasa menganggu akal fikiran manusia utk bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain. Itulah sudut kecil yg dinamai EGO. Ego manusia mmg sgt2 tinggi. Bertingkek-tigkek tingginya... hehehe... Walau kita bagi sebakul nasihat pun tetap tak ‘jalan’ dgn manusia semacam ini. Ego manusia akan mudah pecah berkecai bila dia ditimpa sesuatu yg mana dia tida...

Kakak dah besar...

Minggu ni, kesibukan dah semakin berkurang. Hopefully ada ruang waktu dan masa yang dapat digunakan utk sentiasa update blog kesayangna ni. Sedar tak sedar dh hamper 5 tahun blog ni wujud. Dengan ruang waktu yang ada, sikap kerajianan tuan punya blog ni sampailah kepada hiasan dan dekorasi blog..... Alhamdulillah masih bertahan walau mcm hidup segan mati tak mahu...ahakss.. Kakak dah besar sekarang. Dah byk kerenah dan idea utk menyakat org sekeliling. Mujur lah dia tak manja sgt2... manja tu ada la sebab buat masa skrg ni dial ah satu2nya permata hati kami... tapi tak der lah sampai manja yang tahap meliuk-liuk... aku pun rimas kalau manja mcm tu... eeeiii.... my kakak lasak... =) Akal dia pun dh makin panjang. Ada jer idea yg buat k ami tersenyum. Kadang2 kami yang terkena. Haha... Ooppss...ada projek baru tau.... nanti next entri lah saya kongsi yer. Tada...

Happy Diwali

Dalam perjalanan balik ke Kelantan pagi tadi hajatnya nak singgah di Batu Caves utk sama2 menyambut Diwali... macam best jer tgk kemeriahan kt situ....sekali bila dah sampai, mak aihhh..... susah benor nak parking. Susah benor nak berjalan. Kami ambil keputusan utk teruskan perjalanan ke Kelate..huhuhuhu... Dapat cuci mata tengok kemeriahan pun ok dah... On the way balik, sedikit sesak kt Karak Highway....maklum lah...hari cuti yang agak panjang. Semua orang nak balik kampung. Keluar tol Gombak, terus terpalit dgn 'jem' tanpa perisa... mujur lah kejap jer  tak panjang mane. Boleh lah dekat2 nak sampai terowong kt Bentong baru trafik lancar. Tak panjang kan... =) muahahahaha.... Sepanjang perjalanan, kami saksikan 3 kematian. Kematian 1 Malaysia. Kenapa tu??? Kematian pertama, bangsa India...penuh sesak mungkin utk upacara pembakaran... Lepas Bentong sikit, upacara kematian kaum Cina pulak. Penuh orang yg menyertai mengiringi ke kubur, mungkin. Kematian ketiga, kemalangan de...