Manusia Sentap

Manusia banyak ragamnya, kerenah, dan emosi. Manusia mudah marah, mudah menangis, mudah merajuk dan mudah di pujuk.... sikap manusia boleh berubah-ubah bak kata pepatah, sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati manusia... hati manusia sukar kita jangka kan? Lebih-lebih lagi manusia yg suka ikut mood sendiri atau dlm erti kata lain ‘moody’...aduiii, memang tak tahan sabar jugak lah degn sikap manusia yg mcm tu. Asyik kita jer yang kena jaga hati dan perasaan dia. Asyik kita jer yg selalu mengalah...

Semua tu sebenarnya bergantung pada hati. Ada satu sudut terpencil dlm hati yg sering merayu manusia untuk jadi ‘moody’. Sentiasa menganggu akal fikiran manusia utk bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan orang lain. Itulah sudut kecil yg dinamai EGO. Ego manusia mmg sgt2 tinggi. Bertingkek-tigkek tingginya... hehehe...

Walau kita bagi sebakul nasihat pun tetap tak ‘jalan’ dgn manusia semacam ini. Ego manusia akan mudah pecah berkecai bila dia ditimpa sesuatu yg mana dia tidak lagi mampu bergantung kpd ego itu utk terus hidup... 

Betul..... manusia akan mudah diberi pengajaran bila sesuatu musibah menimpa diri sendiri. Jarang ada manusia yg insaf apabila melihat @ mendengar musibah yg menimpa orang lain. Yang ada hanyalah rasa kasihan. Tapi keazaman untuk berubah masih belum kuat sehinggalah musibah itu menimpa diri sendiri....


Cukuplah untuk hari ini... sekadar luahan hati. Lega sikit bila dapat meluah. Mood tengah geram pada manusia yg tak mahu terima nasihat dan terus tersentap...hahaha..
Tiba-tiba akak pulak yg stress ni...

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah