Bersabar

Subhanallah.... Allahuakbar!!!

Acap kali kita mengeluh bila ditimpa sesuatu musibah. Kita sering mencari gali punca kepada musibah itu. Yang menariknya, jarang sekali kita mengaitkan unsur dalaman (dalam diri) dengan sebab musibah itu berlaku. Kita sentiasa cari gali punca musibah melalui unsur luaran. 

Pernah tak kita muhasabah diri kenapa sesuatu perkara itu berlaku? Pernah tak kita kaji dan nilai diri sendiri kenapa musibah itu berlaku? Kenapa kita terpilih untuk mengalami musibah itu?
Nilai lah diri kita. Mungkin ada sesuatu pada diri kita yang boleh dikaitkan dengan faktor musibah itu. 

Mungkin kita dipilih untuk mengharungi musibah dek kerana Allah ingin memberi pahala percuma kepada kita apabila kita mengharungi musibah itu dengan SABAR...
Mungkin juga kita terpilih kerana kita antara yang TERHEBAT untuk mengharungi musibah itu. 
Mungkin juga kerana kita tidak menjaga HUBUNGAN yang baik dengan Maha Pencipta, dek kerana itu Dia ingin mengingatkan kita supaya mengingati dan merinduiNya...
Mungkin juga Sang Pencipta ingin mendengar RINTIHAN dan RAYUAN kita kepadaNya tatkala berdoa dek kerana sudah lama kita tidak berdoa....

Walau apa pun, sentiasalah BERSABAR mengharungi setiap dugaan dan musibah. Sentiasalah berdoa dan merintih kepada Sang Pencipta kerana hanya Dia yang boleh membantu kita menguraikan kekusutan....
Selamat maju jaya untuk semua.... maaf lah hari ni tetiba semangat motivasi terkobar-kobar dengan sendiri. 

Nota: saya bukan pakar motivasi tapi sekadar berkongsi rasa.

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah