Soalan Menyibuk

Kita sering ditanya pelbagai soalan2 yang bagi kita amat leceh, amat remeh atau amat sensitive untuk di jawab... soalan2 tu biasanya berkisar dengan hidup kita lah dan datang dari orang sekeliling kita. Soalan yang paling popular, adalah “BILA.....blablabla...BILA blablabla....” dan kadang2 soalan yang sama sentiasa di ulang-ulang...

Sebelum kahwin, asyik duk tanya “bila nak kahwin???” Bila jer dah kahwin tak sampai setengah tahun, dh ada yang tanya “belum ada isi???” bila dh ada anak satu, eemm...tanya lagi “sorang jer?? Tak bertambah lagi??” adoiii... kalau dh ada dua, tanya jugak “ bila lagi nak menambah anak???”.... 

boleh mati stress kalau asyik duk melayan soalan2 mcm ni... cara yang terbaik, biarkan ajelah soalan tu pergi ditiup angin... tak payah jawab, sengih macam kerang busuk jerr... lama2 menyampah lah dorang nak tanya lagi. Kalau astik duk tanya lagi, memang jenis manusia yg kepoh lah tu. Tak payah layan, buat semakkkk jiwa jer...

Apa yang penting, Allah tahu segala-galanya.... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Manusia boleh merancang tapi jangan terlalu mengharap. Hanya yakin pada Allah jer...

Tata.... ^. .^


Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah