Posts

Permulaan Baru

Bismillah... Dengan Nama Allah aku bermula. Dah lama tidak menulis dan mencoret di blog ini. Dah bersawang nampaknya... huhu.. Hari ini aku membuang semua sawang-sawang yang dah menghuni blog ini.  Entri terakhir adalah bulan Februari tahun 2015 dan seterusnya bermula krik-krik sehingga hari ini di tahun 2019.  InsyaAllah akakn aku gagah kan dan kerahkan kerajinan diri untuk mencoret apa2 sahaja di blog ini. Bukan niat untuk menunjuk kehidupan tapi sekadar coretan untuk bacaan anak-anak kelak mereka dewasa. Meniti usia 30-an ini banyak mengubah persepsi aku terhadap kehidupan. Aku lebih bersederhana tapi masih optimis melalui kehidupan ini. Aku akan buang segala keraguan dan kerak2 yang menyelubungi perasaan menyendiri ini. Aku sememangnya mengharapkan agar masih belum terlewat untuk aku memulakan semula apa yang pernah aku mulakan.  Maaf lah, entri kali ini lebih menjurus kepada mainan emosi. nanti untuk entri seterusnya kita masuk ba...

Perginya Seorang Murabbi

Image
Innalillahiwainnailaihirojiun.... Tanggal 13 Februari 2015 bersamaan dengan hari Jumaat yang penuh berkat dan penghulu segala hari, perginya seorang insan yang sgt mulia dan sentiasa memuliakan agamanya....  Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..... Nama yg tidak asing lagi bagi kita samaada dari segi politik atau agama. Pandangan beliau sentiasa di ambil kira. Kini negara telah kehilangan seorang insan yang sentiasa dirujuk utk pelbagai topik baik politik dan agama.  Semoga roh nya tenang disana bersama-masa para syuhada dan muslimin.... Al-Fatihah...  

Transformasi Diri

Image
Salam semua....sihat ker harini? Harini sedikit selsema. Mungkin sebab penangan drive kete jauh ( Krai - KB jer kot)...mungkin sebab dh tua. OOOpppss!!! Baru awal 30an takkan dah tua kot. Takpelah, Allah nak bg pahala lebih jika kita bersabar dgn ujian sakit ini.. =) Korang dh taukan yang saya ni dh masuk fasa 30an. Sebelum ni memang tak pernah terdetik pun nak consume supplement, vitamin, apa2 sajer bab kejelitaan ni. Sgt naif kan? Tapi bila dh masuk 30an, hati terdetik dgn sendiri nak cuba consume supplement. Tapi tak tahu nak guna yang mana. Banyak sgt ok! Kekadang nak semua lah. Saje jer lah nak menjaga keelokkan diri ni. Tua mmg ler tetap tua walau lari mcm mane sekalipun... Ada la usha beberapa produk yang sedang meningkat naik skrg ni... 1). V Asia Advance White Harga boleh tahan. Dalam RM35++ jer... 2). Aurawhite Ada macam2 pilihan. Tak tahu mana yang sesuai. Harga memang up lah dari v'asia.  Tak tahu yang mana lebih ummphh!!

Peristiwa Luar Dugaan

As Salam semua... Ini merupakan post saya yang pertama untuk tahun 2015. Haha..nampak tak kemalasannya? Sebulan dh berlalu utk tahun 2015. Sekarang ni dah minggu pertama di bulan kedua dalam tahun 2015. Idea sentiasa ada bila tengah drive, tengah makan, tengah duk 'termenung' di 'bilik termenung'...tapi bila tiba saat dan ketika menghadap laptop, mula la fikiran jadi celaru. Otak merewang mcm2... huhu... Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2015. Yeay!!! Dh tua setahun. ekeke... Tahun ni kakak dh masuk tadika. Dia mcm biasalah, sentiasa bersemangat nak ke sekolah. Kekadang bila dia buat perangai, ugut jugak dia tak nak hantar g sekolah lagi kalau tak dengar kata.. huhu...buatnye dia betul2 tak ke sekolah, naya lah jugak. Fuh!. U all tentu tahu kan bencana banjir yang melanda negara akhir tahun lalu. Kami sekeluarga terkena tempiasnya. Maklum lah, berada di bawah parlimen Kuala Krai, dun Manek Urai ni... Sgt2 terkesan dgn bencana...

Oh My November

Setiap kali datangnya November mesti hati ini berbunga-bunga. mesti lah kan, sebab November bulan saya!!! Yeay! yg lagi pasti, 17 November is always my bestday... hehe. Faham lah kan maksudnya... harijadi saya ler. LoL..... =) Tahun ni sempena besday utk 3 series ( yer lah, hakak ni dh agak dewasa sgt2. Dh mula melangkah ke angka 3 y'all) tak nak dah hadiah2 yang berunsur materialistik. Maknenya kebendaaan ler... Tahun ni nak sesuatu yang tinggal moment indah. Contohnya bercuti ker, pergi makan ikan bakar sedap ker, megi ketam sedap ker, atau pun dapat complete package spa . Wah!!! siapa yang sudi belanja saya utk semua itu @ sebahagian dari itu, sila tinggalkan komen yer... hahaha...ngengada sgt! Tapi kan, tetiba rasa nak pergi buat make up dan photoshoot lah. Lagi lah mengada kan? Errr, teringin lah ni. Pergi bridal, make up cantik2 then buat photoshoot. Yes!!!! Idea tu. Nanti petang nak bincang dgn en.suami. Kita tgk apa reaksi dia. Hahahah.. Ok bai....

Membuang Tahi Lalat

Image
Salam semua.... Kali ni Anah nak berkongsi petua. Petua membuang @ menghilangkan tahi lalat. haha.. Tragis nyer kau Anah. Ambil tisu then buang lah tahi lalat tuh. Tak pun basuh jer tempat lalat tu berak. Kan dah hilang. Hehehe... Ooopsss, ni bukan tahi binatang lalat yer. Tapi tahi lalat yang tumbuh @ terhasil dengan sendirinya pada badan manusia.  Mungkin ada antara kita punya banyak tahi lalat pada badan @ muka @ lain-lain anggota. Mungkin sesetengah tahi lalat itu menimbulkan rasa kurang enak pada kita terutama tahi lalat hidup pada bahagian muka! Mungkin tahi lalat itu terlebih hidup dengan suburnya dan mengakibatkan si pemilik rasa rendah diri @ seringkali di ejek oleh rakan2. Lebih2 lagi kalau tahi lalat tu bertapak di bahagian yang ketara contohnya antara 2 kening, mekar di bahagian bibir @ hidung. Pasti timbul perasaan malu kan?  Samal lah dengan Anah ni. Punya tahi lalat yang kian tahun semakin membesar kau. Sejemput kat tepi hidung ni ha! Mau tert...

Kakak Konvo

Image
Amboi....dh besar kakak yer. Dah konvo pun. kihkihkih... Konvo pertama dlm hidupnya...nanti akan ada next konvo lagi. InShaaAllah... Petang semalam waktu ambil dia dari sekolah, nampak lah dia pegang sumtin'. Ingatkan buku latihan sekolah dia, rupa-rupanya gambar konvo dia. Sebenarnya dah lama gmbar ni di ambil cuma baru dapat jer. Mommy pun dh lupa pasal gmbar ni sebab dh lama sgt duk bertapa dgn tukang gambar. Huhuhu... Dengan sengih-sengih dia tunjuk gmbar konvo dia. Perasaan bangga ler tu...mommy pun bangga!.  Sampai ajer kt umah, terus tunjuk kt semua orang. Bangga lettew...!! haha.. Teringat lagi 1st day dia ke sekolah. Teruja sgt2 dan kadang-kadang ada jugak nangis bila ada yang buat jahat  nakal kt dia. Sekarang ni dia dh ada bestfriend so, semakin teruja ler bila nak pergi sekolah tiap2 hari... Paling jenuh nak menjawab bila cuti panjang sikit, mula la tanya bila sekolah nak buka.... huhuu Semoga kakak menjadi lebih rajin, dan rajin...