Peristiwa Luar Dugaan

As Salam semua...

Ini merupakan post saya yang pertama untuk tahun 2015. Haha..nampak tak kemalasannya? Sebulan dh berlalu utk tahun 2015. Sekarang ni dah minggu pertama di bulan kedua dalam tahun 2015. Idea sentiasa ada bila tengah drive, tengah makan, tengah duk 'termenung' di 'bilik termenung'...tapi bila tiba saat dan ketika menghadap laptop, mula la fikiran jadi celaru. Otak merewang mcm2... huhu...

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2015. Yeay!!! Dh tua setahun. ekeke...

Tahun ni kakak dh masuk tadika. Dia mcm biasalah, sentiasa bersemangat nak ke sekolah. Kekadang bila dia buat perangai, ugut jugak dia tak nak hantar g sekolah lagi kalau tak dengar kata.. huhu...buatnye dia betul2 tak ke sekolah, naya lah jugak. Fuh!.

U all tentu tahu kan bencana banjir yang melanda negara akhir tahun lalu. Kami sekeluarga terkena tempiasnya. Maklum lah, berada di bawah parlimen Kuala Krai, dun Manek Urai ni... Sgt2 terkesan dgn bencana banjir kali ini. Walaupun rumah kami selamat dari terkena banjir (Alhamdulillah) tapi kami berada di tengah2 pulau. Tak boleh kemana-mana. Mana tak nye, kiri kanan laluan keluar tertutp dek kerana paras air yang melimpah ruah di atas jalan raya dan ada tanah runtuh yang berlaku di sana-sini. 

Sempatlah kami merasa saat2 genting ketakutan terputus bekalan makanan. Seminggu kami berjimat-cermat penggunaan petrol. Maklumlah stesen minyak tiada bekalan minyak, lebih2 lagi kami tak boleh keluar membeli petrol. Fuh!!!

Bekalan elektrik terputus utk jangka masa yang lama. Hampir sebulan jugak kami tidur disinari cahaya lilin. Berjimat-cermat guna lilin. Cuma kami bersyukur masih boleh tidur di rumah sendiri berbanding dgn orang lain yang menumpang di pusat pemindahan banjir. 

Setelah air hujan mula reda, air banjir surut, misi bantuan bertalu2 masuk ke kampung. Kami sekeluarga pun dapat jugak sikit2 barang bantuan makanan. Terima kasih diucapkan buat sukarelawan yang sgt2 membantu semua mangsa banjir. 

Maaflah pembaca sekalian, entri kali ini tiada gambar. Menulis dalam kesuntukan masa..

Sehingga bertemu lagi di entri yang lain.
Wassalam...  

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah