Membuang Tahi Lalat

Salam semua....

Kali ni Anah nak berkongsi petua.
Petua membuang @ menghilangkan tahi lalat. haha..
Tragis nyer kau Anah. Ambil tisu then buang lah tahi lalat tuh. Tak pun basuh jer tempat lalat tu berak. Kan dah hilang. Hehehe... Ooopsss, ni bukan tahi binatang lalat yer. Tapi tahi lalat yang tumbuh @ terhasil dengan sendirinya pada badan manusia. 

Mungkin ada antara kita punya banyak tahi lalat pada badan @ muka @ lain-lain anggota. Mungkin sesetengah tahi lalat itu menimbulkan rasa kurang enak pada kita terutama tahi lalat hidup pada bahagian muka! Mungkin tahi lalat itu terlebih hidup dengan suburnya dan mengakibatkan si pemilik rasa rendah diri @ seringkali di ejek oleh rakan2. Lebih2 lagi kalau tahi lalat tu bertapak di bahagian yang ketara contohnya antara 2 kening, mekar di bahagian bibir @ hidung. Pasti timbul perasaan malu kan? 

Samal lah dengan Anah ni. Punya tahi lalat yang kian tahun semakin membesar kau. Sejemput kat tepi hidung ni ha! Mau tertutup lubang hidung kiriku ini kalau semakin dibiarkan pembesarannya. Risau juga kalau2 ini bukan tahi lalat biasa. Kot-kot la kan tahi lalat yang tetiba boleh bertukar jadi ketulan hidup seperti barah! Ish, nauzubillah lah yer... Mintak di jauhkan dari segala musibah itu. 

Inilah rupanya tahi lalat saya. Cenonet jer sekarang ni tapi sentiasa membesar. 

Dek kerana risau itu lah, minggu lepas 'tergodek-godek' la dekat bespren ni 'En. GooGLe' untuk mencari kot2 la ada petua yang bagus untuk hilangkan tahi lalat tu. Tak mampu lah Anah ni nak pergi buat rawatan laser bagai. Mau beribu riban kos nya. Baik simpan beribu riban tu supaya beranak jadi juta jutan. Hahaa... 

Makanya terjumpa lah satu petua yang sangat mujarab daripada pelbagai blog kengkawan di alam maya. Resepinya mudah jer....

1. Sabun basuh yang berdebu. Bukan dalam bentuk liquid yer.
2. Kapur makan. Yang nenek dan opah buat makan dengan pinang tu. Tak pun yang emak buat kuih. 
**satukan kedua-dua bahan ni sehingga pekat dan sebati...masukkan lah air sedikit yer. Jgn banyak. Cukuplah untuk sebatikan kedua-dua benda alah tu..   

Lepas tu sapu kan secalit pada tahi lalat itu sahaja. Tak payah mengada-ngada nak sapu pada bahagian lain yer. Nanti rosak kulit tu. Kita nak bunag tahi lalat jer yer. 

Memula pakai memang terasa pedihnya sehingga airmata keluar tanpa di minta. Tahankan ajelah yer. Biarkan sehingga kering. Kemudian basuh jer lah. Buat lah sehingga seminggu, InShaAllah nanti tahi lalat itu akan gugur. Kena istiqomah lah yer. 

Semasa tempoh pengguguran tahi lalat itu memang akan nampak macam kesan kudis kt sekitar tahi lalat itu. Itu mungkin kerana tindak balas antara sabun debu + kapur itu untuk mematikan akar tahi lalat. 


Akhirnya!!! Selepas seminggu mencuba, tanggal 28102014 tertanggal lah engkau wahai tahi lalat.......

Cubalah yer tapi atas risiko sendiri lah yer. Kalau kurang yakin, pergi lah buat rawatan dengan yang lebih pakar....

Kalau dibiarkan tahi lalat ni subur, mau nye jadi sebesar duit syiling ni...

Sekian perkongsian hari ini...

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah