Musim Boh
As Salam and Good Day!
Bulan Disember datang lagi.....yeay! eerrkk
As we know, bulan Disember berkait rapat dengan musim angin monsun, a.k.a musim tengkujuh. Kat Kelate kita panggil "musim boh" banjir
Sejak sehari dua ni, hujan memang tak berhenti2 dah. Kat negeri lain dah mula banjir. Kat tempat ku ini, air belum naik tahap banjir lagi. laluan masih boleh dilalui lagi. Kalau tahun sebelum ni, ada satu laluan kt tempat ku ini akan penuh dilimpahi dengan selut tanah merah yang mengalir turun dari satu kawasan berbukit yang telah disapu bersih segala tumbuhan. untuk tujuan apa, tak tahu lah ambe. yang pastinya ia cukup menyusahkan bila tiba hujan sebab jalan akan penuh dengan selut yang agak tebal dan boleh menguji pemanduan. Cewahhh...Syukur, masalah itu dh diatasi.
Bila tiba hujan, perut asyik minta diisi. Asyik nak makannnnn jer. Paling malas buat 'jeput' kosong pun xpo doh. Rajin sikit buat 'jeput' bawang.
| Sumber: Google Image. Yang sendiri punya, tak sempat snap, dah licin baru teringat nak snap =) |
Rajin lagi buat pulut ikan kering. Eemm, tak best ikan kering. Ikan rebus goreng! Yummy!!
Owh, nyangkut molek lah time uje-uje ni...
Comments