Kakak tak nak pergi schooll

Para ibu kat luar sana mesti ada pengalaman berdepan dgn kerenah anak-anak yang meragam tak nak ke sekolah... kakak dah mula tak nak pergi sekolah. Macam2 alasan dia bagi. Alas an yang paling kerap “ ada ore kenak” (ada org buli)... memang mulanya dia start menangis di sekolah sebab ada org buli. Tapi pembuli itu dh berkawan elok dgn dia selepas kena tegur dgn cikgu dan juga mummy kakak ni. 

Bermula dari situ, mcm2 alasan dah dia reka tak nak pergi sekolah. Menangis atas katil, tak nak bangun tidur, tak nak pakai baju sekolah....phewww!!! Memang menguji tahap kesabaranku yg memang kurang sabar ni. Huhuhu....


Mula la sang mummy men’google’ mencari rujukan untuk menangani anak yang tak nak pergi sekolah. Walaupun sang anak baru berumur 4 tahun, tapi memang dah kena latih dari awal amalan rajin kesekolah. Nanti tak ada masalah lah bila dah masuk darjah 1. 

Daripada situ, di sini ada kompilasi rujukan yang boleh digunakan untuk menangani kerenah sang anak yang tidak mahu ke sekolah. Semoga ilmu ini akan memberi manfaat kepada para ibubapa yang menghadapi masalah yang sama....  

1) Sentiasa bangkitkan aura positif sekolah kepada anak - dalam perjalanan sama ada pergi hantar atau ambil anak dari sekoalh, sentiasa serapkan aura positif sekolah kepada dia. Kata padanya yang sekolah best, ada kawan boleh main bersama-sama, cikgu cantik, cikgu baik, sekolah cantik...

2) Penuhi permintaanya - anak2 kecil yang baru nak mengenal alam persekolahan pasti mempunyai rasa takut ditinggalkan oleh ibu mereka. Cubalah menggembirakan hati mereka dgn memenuhi permintaan kecil mereka cthnya belikan baju baju, bawa ke taman permainan...tapi buat perjanjian dgn mereka. Sekiranya mereka bersetuju ke sekolah, permintaan dia akan ditunaikan. Tapi pastikan kita tunaikan janji itu!

3) Sentiasa memuji anak yang rajin ke sekolah- setiap kali ambil dia dari sekolah, berilah pujian sebab dia bersekolah hari ini, cthnya: "Bagusnya anak mummy hari ni. Macam ni lah anak mummy...rajin pergi sekolah, nanti boleh jadi orang pandai! Esok pergi sekolah lagi yer, biar lebih pandai...".

4) Elakkan mengambil anak lewat di sekolah. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa dan tidak seronok pergi sekolah. 

5)  Bina keberanian diri anak - sentiasa terapkan rasa 'secure' dalam diri anak. Beri solusi utk setiap masalah dia, cthnya: jika dibuli kawan, lapor pada cikgu. 

6) Sesekali keluar berlibur pada hujung minggu sebagai 'reward' kepadanya kerana telah rajin bersekolah selama seminggu... =). Tak payah pergi jauh pun. Asalkan keluar ambil angin, hati anak riang....

Semoga ilmu ini memberi sedikit manfaat kepada para ibu yang masih 'blurrr' menangani anak yg bermasalah ini.

Comments

Popular posts from this blog

menghitung hari

Who is Hanis Haizi???

Malaysia Yang Bertuah