Kalaulah saya dot dot dot
Happy Friday!!!!!
Selamat bekerja utk yg masih
bekerja. Selamat beristirehat untuk yang bercuti hari ini. Apa rancangan hari
ni? Berehat atau keluar jalan2? Kalau yang dah berkeluarga, mesti nak bawa
keluarga keluar jalan2....paling dekat pun bawa anak main kt taman
permainan...hehehe..
Sebenarnya tak nak cakap
pasal aktiviti cuti. Nak cakap pasal sikap atau kebiasaan manusia. Manusia yang
mampu berkata-kata pasti pernah mengeluarkan perkataan ‘KALAU’... “kalau lah
aku boleh....” “kalaulah aku pernah...” “kalaulah aku mampu...” kalaulah itu,
kalaulah ini... huhuhu...banyak sgt kalau kalau ni.
Saya pun selalu juga guna
perkataan ‘kalau’ ni. Macam2 ‘kalau’ yang saya keluarkan. Tak salah sebenarnya
kalau nak guna perkataan ‘kalau’ ni cuma jangan sampai galau sudah ler. Macam
lagu Dato’ Siti Nurhaliza tu.... tambah teruk lagi kalau terbuai2 dengan
‘kalau’ sehingga jadi leka dan terabai kehidupan realiti... perkataan ‘kalau’
boleh kita jadikan sebagai penyebab untuk kita melakukan sesuatu, mendapatkan
sesuatu. Daripada ‘kalau’ itu, kita cuba merealisasikan ‘kalau’ itu. Rangka
strategi, buat tindakan dan lihat hasil....
Ya, bercakap memang mudah.
Nak melaksanakan itu yang payah. Tapi percayalah, bila kita dapat apa yang kita
nak setelah kita berusaha, saat itu lah yang paling manis. Saat itu yang akan
kita ingat sampai bila2 walaupun saat itu pahit.
Owh, saya dah melalut.
Sekian saja motivasi pagi Jumaat ni. Pesanan untuk diri sendiri juga
sebenarnya.... semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa.
Salam Jumaat yang indah.
*psst......: dapatkan Premium
Beautiful korset untuk kurus dengan cara yang sihat tanpa melibatkan pil kurus.
Dengan teknologi infrared, manfaat kesihatan dan kecantikan dapat
dinikmati....
Comments