Harapan
Selamat pagi.
Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar pagi ini... In Shaa Allah hope masih lagi diberi peluang menikmati air kelapa segar utk juadah berbuka puasa petang ini. Dan hope masih diberi peluang untuk menikmati kuih akok utk juadah berbuka puasa esok hari.....dan hope masih diberi peluang untuk menikmati suasana hari raya pada tahun ini....
Memang banyak harapan yang kita selalu mengharap terjadi dalam hidup ini. Tetapi, kadang2 harapan itu memerlukan sedikit @ banyak usaha untuk mencapainya.... Setiap hari bila bangun tidur kita pasti akan tetapkan harapan kita untuk hari tersebut.... *semoga hari ini indah...*semoga hari ini ceria....*semoga hari ini lebih baik drpd semalam....etc..etc..
Fitrah manusia, sekiranya dapat apa yang dihajati tidak pernah bersyukur, tetapi sekiranya tak dapat apa yg dihajati pasti akan mengeluh dan merungut....~~haish...~~ Jarang benar kita nak bersyukur dgn apa yg ada...
Semoga kita tergolong dalam kelompok manusia yg sentiasa bersyukur. Bersyukurlah apa adanya kerana masih ramai lagi yg kurang drpd kita.
Salam kesyukuran,
Maznah Yazik
Comments